Pengasas Habib Jewels meninggal dunia - Semasa | mStar

Pengasas Habib Jewels meninggal dunia

Pengasas Habib Jewels Datuk Habib Mohamed, 92, meninggal dunia awal pagi tadi selepas koma dua minggu akibat terjatuh di dalam bilik air di kediamannya di Jalan Pinhorn. Kelihatan anak Allahyarham Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib (tiga, kanan) bersama anggota keluarganya. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Pengasas Habib Jewels Datuk Habib Mohamed Abdul Latif, 92, meninggal dunia pada Rabu selepas koma selama dua minggu akibat jatuh di dalam bilik air di rumahnya, di sini.

Anak keempatnya, Datuk Seri Meer Sadiq Habib, 55, berkata bapanya meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 pagi di Hospital Gleaneagles, di sini.

"Arwah terjatuh di bilik air dan koma kerana ada berlaku sedikit pendarahan dalam kepala," katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Jalan Pinhorn, di sini.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kapitan Keling, di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak selepas solat zohor.

Meer Sadiq yang juga Pengarah Urusan Habib Jewels menyifatkan pemergian bapanya sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga malah masyarakat yang banyak menyumbang dan memberi inspirasi dalam bidang perniagaan emas dan permata.

"Ini adalah satu kehilangan paling besar sekali kerana bukan sahaja arwah sebagai ayah dalam keluarga tapi juga dalam masyarakat beliau adalah seorang yang selalu mahu melihat kebangkitan masyarakat kita," katanya.

Beliau berkata bapanya seorang yang sangat mesra dan peramah dengan masyarakat selain seorang yang pandai berjenaka.

Sementara itu, cucu Allahyarham, Mohamed Shamir Hameed, 34, berkata datuknya memberi inspirasi kepada masyarakat kerana bermula daripada seorang yang tiada apa-apa sehingga berjaya membina sebuah perniagaan emas yang dikenali di peringkat dunia.

"Allahyarham datang daripada tak ada apa-apa langsung. Beliau mula bekerja sejak umur sembilan atau 10 tahun lagi. Beliau pernah menjadi pelayan di kantin dan pernah menjadi pembantu di kedai.

"Beliau menceburi bidang barang kemas ni selepas melalui semua cabaran dan rintangan. Zaman kegemilangan beliau pada tahun 60-an ke 80-an," katanya.

Beliau berkata datuknya juga seorang yang gemar memberi makan kepada orang ramai dan suka membantu mereka yang dalam kesusahan.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak, sembilan cucu dan seorang cicit.

Isteri Allahyarham Ummul Latifah meninggal dunia pada 2007 akibat uzur.

-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain