Sah! Stesen Angkasa China Jatuh Ke Bumi - Semasa | mStar

Sah! Stesen Angkasa China Jatuh Ke Bumi

KUALA LUMPUR: Stesen angkasa lepas China, Tiangong-1, akhirnya jatuh ke bumi  pada jam 8.15 pagi (2 April di selatan Lautan Pasifik.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Noordin Ahmad berkata keseluruhan komponen dan struktur binaannya telah hancur dan hangus terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi.

"Tiada sebarang sepihan yang tinggal jatuh ke permukaan bumi dan tiada sebarang kerosakan serta kecederaan dilaporkan setakat ini," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Beliau  berkata ramalan proses memasuki semula atmosfera Bumi dikeluarkan pada 30 Mac sehingga 2 April mendapati kadar penurunan altitud Tiangong-1 adalah rendah berbanding ramalan sebelum ini.

"Hal ini adalah kesan daripada aktiviti matahari yang lemah dan memberi kesan kepada cuaca angkasa dalam mempengaruhi daya geseran pada Tiangong-1 ketika ‘kemasukan semula' itu." katanya.

Beliau berkata Angkasa akan mengambil langkah persediaan awal dan berterusan berkaitan langkah-langkah perlu dalam menghadapi kejadian sama pada masa hadapan.

Tiangong-1 sepanjang 10.4 meter itu dilancarkan pada tahun 2011 untuk melakukan misi berlabuh dan eksperimen di orbit sebagai sebahagian daripada program angkasa lepas China untuk menempatkan sebuah stesen angkasa lepas tetap di orbit Bumi menjelang 2023.

Dilaporkan, makmal angkasa lepas itu pada asalnya dirancang menamatkan operasi pada 2013 tetapi misinya berulang kali dilanjutkan.

China pernah menyatakan bahawa ‘kemasukan semula' itu akan berlaku hujung tahun lalu tetapi proses itu tertangguh lagi, mengakibatkan sebilangan pakar membayangkan bahawa makmal angkasa lepas itu telah hilang kawalan.

Sementara itu, Agensi Angkasa Eropah sebelum ini, melaporkan, serpihan Tiangong-1 boleh jatuh di mana-mana lokasi yang terletak di antara New Zealand hingga ke bahagian Midwest di Amerika Syarikat.

-Bernama
Tiangong-1 , Bumi

Artikel Sebelum

Arwah Penjinak Ular Bomba Naik Pangkat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.