Zahid Puji Kastam Laksana GST - Semasa | mStar

Zahid Puji Kastam Laksana GST

HUTANG MELINTANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji tindakan tegas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam melaksanakan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, masyarakat tidak seharusnya menyalahkan Kastam yang bertindak tegas dengan penugasan yang dipertanggunjawabkan kerana pelaksanaan GST adalah demi memperkukuhkah ekonomi negara.

"Masalah GST kini belum selesai, ada yang cakap sebab GST kos sara hidup makin tinggi, saya nak tanya negeri mana yang barang semakin turun, ertinya barang naik bukan sebab GST, GST sebenarnya melengkapkan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) yang dilaksanakan sebelum ini," katanya.

"Yang marah GST dilaksanakan adalah mereka yang mahu lari dari cukai," katanya ketika berucap pada majlis program Khidmat Bakti Masyarakat dan Kem Motivasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) kawasan Bagan Datuk di sini, Sabtu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, GST adalah sistem pencukaian yang paling efisyen kerana ia juga dilaksanakan di negara lain demi manfaat rakyat.

"Pengenaan cukai (GST) yang kepada rakyat hanya enam peratus berbanding ada negara lain yang cukainya mencecah 22.5 peratus," katanya sambil menambah JKDM bekerja secara berpasukan bagi memastikan kutipan GST dapat dilaksanakan dengan baik.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata, sebanyak 16 buah sekolah jenis kebangsaan (Tamil) kawasan Bagan Datuk telah terlibat dalam kem motivasi anjuran JKDM.

"Pendidikan adalah keutamaan, saya tidak kira pelajar Melayu, Cina atau India dalam memberi bantuan kerana saya mahu anak Bagan Datuk menjadi nombor satu dalam bidang pendidikan," katanya. - Bernama

GST , Kastam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL