'Datin' Rozita Dipenjara Lapan Tahun - Semasa | mStar

'Datin' Rozita Dipenjara Lapan Tahun

Rozita Mohamad Ali, 44, (tengah) dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis, kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumah warga Indonesia, Suyanti Sutrinso, 19, dua tahun lalu.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara terhadap seorang suri rumah yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas pihak mahkamah mengetepikan hukuman bon berkelakuan baik yang dikenakan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ke atas tertuduh sebelum ini.

Menerusi prosiding pagi Khamis, Hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah menjatuhkan hukuman itu ke atas Rozita Mohamad Ali, 44 dengan alasan hukuman bon berkenaan adalah tidak wajar.

Tertuduh juga mengesahkan tidak mempunyai gelaran termasuk Datin seperti dilaporkan sebelum ini.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula hari ini dan menolak permohonan penangguhan pelaksanaan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Perbicaraan kes hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun ke atas Rozita, dan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara terhadapnya.

Pada 21 Mac lalu, Rozita gagal hadir ke mahkamah dan pihak pendakwaan diberi tempoh seminggu untuk mencarinya.

Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, di sini antara jam 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.





Rozita , Shah Alam

Artikel Sebelum

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain