suria

Rakyat Malaysia Ditahan Di Australia Bawa 900 Imej, Video Lucah Kanak-Kanak

Imej yang dikeluarkan oleh Pasukan Sempadan Australia menunjukkan seorang lelaki ditahan di Lapangan Antarabangsa Melborune. Sumber Pasukan Sempadan Australia

PETALING JAYA: Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 27 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Australia kerana didakwa membawa ratusan gambar dan video lucah kanak-kanak ke negara itu.

Menurut Pasukan Sempadan Australia (ABF), anggotanya memeriksa barang milik lelaki itu dan mendakwa menemui lebih 900 imej dan video yang menggambarkan bahan eksploitasi kanak-kanak di dalam komputer riba dan telefon bimbitnya.

ABF berkata, lelaki berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu, pada hari kejadian dia ditahan.

"Dia didakwa mengimport barangan Tier 2, iaitu bahan eksploitasi kanak-kanak, melanggar Seksyen 233BAB (5) Akta Kastam 1901," menurut ABF dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hukuman maksimum bagi individu yang mengimport atau mengeksport bahan eksploitasi kanak-kanak adalah $180,000 (RM543,470) atau 10 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

Lelaki tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret Melbourne pada 23 Mac lalu, di mana dia ditahan sehingga 29 Jun.

lucah

Artikel Lain