Tengku Adnan Nafi Kadar Sewa PPR, PA Akan Dinaikkan - Semasa | mStar

Tengku Adnan Nafi Kadar Sewa PPR, PA Akan Dinaikkan

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa kadar sewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara akan dinaikkan.

Katanya, kadar sewa dan kadar cukai sedia ada akan dikekalkan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar  tersebut.

Beliau mengingatkan supaya penghuni PPR dan PA khususnya supaya tidak mempercayai fitnah yang disebarkan.

"Saya bukan kejam macam kerajaan DAP di Pulau Pinang. Apa yang kerajaan (Barisan Nasional) laksanakan semuanya demi kebaikan dan keselesaan untuk rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Tempat  Letak Kereta Bertingkat PPR Beringin di sini, Ahad.

Sementara itu, beliau berkata DBKL akan membangunkan tempat letak kereta enam tingkat bernilai kira-kira RM15 juta di PPR Beringin bagi menyelesaikan masalah kekurangan ruang parkir.

Katanya, tempat letak kereta yang akan dibina di tapak seluas 11.130 meter persegi yang merangkumi 277 petak parkir itu turut dilengkapi dengan sebuah perpustakaan dan kedai serbaneka.

"Manakala satu lagi projek tempat letak kereta lapan tingkat di PPR Intan Baiduri sudah siap sepenuhnya, kemudahan ini menyediakan sebanyak 387 petak parkir dan dua gelanggang futsal dan kedai serbaneka," katanya.- Bernama

PPR , Tengku Adnan Tengku Mansor

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain