suria

Warga Emas Meninggal Dunia Selepas Tonton Perlawanan Pahang-Kedah

Perlawanan pasukan Pahang bertemu Kedah pada Sabtu malam. Foto: Bernama

KUANTAN: Seorang warga emas meninggal dunia selepas pengsan semasa menyaksikan perlawanan bola sepak  Pahang menentang Kedah di Stadium Darul Makmur pada Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata Azmi Matt, 63, disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, pada  11.08 malam.

"Pemeriksaan fizikal ke atas mangsa di zon merah hospital mendapati tiada unsur jenayah. Siasatan awal dengan saudara mangsa memaklumkan dia mempunyai rekod rawatan jantung," katanya kepada pemberita di sini,Ahad.

Mohamad Noor berkata  setakat ini, kematian mangsa yang beralamat di Sr Damai di sini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Perlawanan antara Pahang dan Kedah semalam berkesudahan dengan pasukan Tok Gajah menang tipis 1-0 untuk mara ke peringkat suku akhir Piala FA.- Bernama

Mati mengejut, Bola Sepak, Pahang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain