suria

Nazri Mohon Ampun

PETALING JAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memohon keampunan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila menghadap kerabat diraja Johor itu, Khamis.

Posting itu telah dimuat naik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.

Bagaimanapun, tujuan sebenar Mohamed Nazri berbuat demikian tidak dinyatakan, namun pada 2015, beliau pernah menegur Tunku Ismail supaya tidak terlibat dengan politik.

Nazri berkata demikian susulan kenyataan TMJ mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak selepas perdana menteri tidak menghadiri sesi dialog terbuka yang dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan.

Perdebatan antara dua figura itu berterusan apabila Tunku Ismail mengingatkan Mohamed Nazri bahawa 'beliau bukan Tuhan daripada syurga atau sesiapa yang lebih berkuasa daripada orang lain'.

Berikutan kenyataannya terhadap TMJ, Mohamed Nazri telah disiasat di bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan kerana kata-katanya dianggap boleh 'menggemparkan masyarakat'.

Sementara itu,The Star pada 7 Mac melaporkan, Sultan Johor menzahirkan rasa dukacita apabila Istana Johor dikaitkan dengan isu politik menjelang pilihan raya umum.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda sangat murka di atas penyiaran posting di media sosial yang telah tular.

Titah baginda, posting di Facebook oleh Tunku Mahkota Johor  telah diputarbelitkan dan kini tular di media sosial.

Sultan Ibrahim bertitah, Tunku Mahkota telah membuat komen mengenai Mohamed Nazri tetapi penyebaran yang tular itu kini memberi gambaran bahawa Tunku Mahkota seolah-olah mengkritik Nazri mengenai isu Tan Sri Robert Kuok.

TMJ, Nazri Aziz

Artikel Berikut

Artikel Lain