suria

Seorang Maut Tragedi Tapak Binaan

HULU SELANGOR: Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan di tapak pembinaan di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Lim Bak Phai berkata, kejadian berlaku di sebuah kilang yang masih dalam pembinaan di Bukit Beruntung pada pagi Jumaat.

Mangsa dipercayai dihempap oleh struktur kerangka besi binaan.

"Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati manakala tiga pekerja asing yang lain cedera dalam kemalangan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mereka yang terselamat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

"Punca kemalangan masih disiasat," katanya.

Artikel Lain