Ibu Tunggal Mengaku Tidak Bersalah Buat Laporan Lemas Palsu - Semasa | mStar

Ibu Tunggal Mengaku Tidak Bersalah Buat Laporan Lemas Palsu

MARAN: Seorang ibu tunggal mengaku tidak  bersalah di Mahkamah  Majistret atas tuduhan membuat laporan palsu kejadian lemas membabitkan dirinya, Januari lalu.

Pengakuan Siti Rukiah Hassan, 37, direkodkan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorida selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam Bahasa Melayu.

Tertuduh yang beralamat di Felda Jengka 14 di sini didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 4.30 petang, 21 Jan lalu di sungai berhampiran jambatan Felda 15 di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Salam Yusof mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam pada prosiding itu merayu mahkamah mengurangkan jaminan sebanyak RM2,000 yang ditawarkan pendakwaan atas alasan dirinya sebagai ibu tunggal.

"Saya hanya menjual nasi lemak. Saya minta supaya jaminan saya dapat dikurangkan," katanya yang tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Nur Syafiqah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 2 April depan untuk lantikan peguam.-Bernama

Ibu Tunggal , Lemas , Palsu

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain