suria

Kantoi Rangka Motor Depan Rumah. Pencuri R&R Tapah Masuk Lokap

SEORANG kakitangan awam antara empat yang ditahan selepas disyaki melakukan kegiatan mencuri motosikal yang diletakkan di sebuah stesen minyak di Kawasan Rawat dan Rehat (RnR) Tapah, Perak (arah Selatan).

Tangkapan pada Khamis lalu kira-kira jam 1.30 petang itu dibuat selepas perbuatan mereka dirakam menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Team Lejang IPD Tapah dan dibantu anggota Task Force Balai Polis Bidor pergi ke sebuah rumah di Kampung Petalin Baru, Bidor.

Katanya, anggotanya menahan dua lelaki berusia 22 dan 30 tahun kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di kawasan R&R Tapah arah Selatan.

“Hasil tangkapan suspek membawa kepada penemuan sebuah rangka motosikal dan sebuah enjin motosikal yang mempunyai nombor casis di hadapan rumah tersebut.

“Pemeriksaan ke atas  nombor casis rangka dan enjin motosikal tersebut dapati masih dilaporkan hilang bersangkut kes Tapah report,” katanya kepada Sinar Harian.

Som Sak berkata, kedua-dua lelaki itu menunjukkan sebuah van Nissan Vanette warna kelabu di hadapan rumah dan setelah pemeriksaan dibuat di van tersebut menemui pelbagai komponen motosikal yang dileraikan.

Katanya, pihaknya terus rampas kesemua barang-barang yang ditemui.

Beliau berkata, pada hari sama, jam lebih kurang 6.20 petang, anggotanya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun kerana dipercayai terlibat kejadian mencuri motosikal di R&R Tapah arah Selatan.

Menurut beliau, anggotanya juga menahan seorang lagi lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian curi motosikal.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 26 Februari ini bagi membantu siasatan pihak kami.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan,” katanya.

Curi Motor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain