Bapa Dakwa Anak Tidak Pernah Cuba Bunuh Diri Sebelum Dituduh Mencuri - Semasa | mStar

Bapa Dakwa Anak Tidak Pernah Cuba Bunuh Diri Sebelum Dituduh Mencuri

Muniandy meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian anak perempuannya.

NIBONG TEBAL: Orang awam tidak wajar mencemarkan nama pelajar berusia 14 tahun, M. Vasantha Piriya dengan mendakwa gadis itu pernah cuba membunuh diri sebelum ini, kata bapanya R. Muniandy.

Muniandy, 52 berkata, anak perempuannya tidak mempunyai masalah kesihatan mental dan menafikan dakwaan tersebut.

"Saya kenal peribadi anak saya dengan baik. Dia tidak pernah cuba membunuh diri sebelum insiden itu berlaku, dia seorang anak yang gembira dan mempunyai ramai kawan," katanya pada sidang media di rumahnya di Kampung Tonghai di sini pada Isnin.

"Saya gesa orang awam tidak membuat spekulasi. Saya yang besarkan mendiang dan tidak pernah berhenti menyayanginya. Tolong jangan patahkan hati kami," tambahnya.

Kata Muniandy, orang awam tidak harus menghakimi anaknya dan pihak polis masih belum selesai menyiasat kes tersebut.

Dilaporkan, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata, Vansantha Piriya memotong pergelangan tangannya pada 2016 dan pihak keluarga tidak mengikut nasihat kaunselor yang menyarankan agar gadis itu diberikan bantuan perubatan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di SMK Methodist turut menunjukkan mangsa mengambil telefon bimbit seorang guru.

Muniandy turut meluahkan rasa tidak percaya terhadap laporan yang mendakwa anak perempuannya mencuri telefon guru tersebut berdasarkan rakaman CCTV yang diperolehi daripada pihak sekolah.

"Walaupun saya belum lihat CCTV itu, anak saya terlalu sayangkan gurunya dan mereka agak rapat," katanya.

Pada 24 Januari, guru tersebut mendakwa mangsa telah mencuri telefon iPhone 6 miliknya sebelum menghantar pelajar itu pulang.

Selepas tiba di rumah, bapa mangsa keluar rumah dan berbincang dengan guru tersebut mengenai perkara itu.

Kemudian, Muniandy memecah masuk ke dalam bilik anaknya dan menemui gadis itu sudah tidak sedarkan diri.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya dan akhirnya meninggal dunia pada 1 Februari.

Vasantha Piriya meninggalkan sekeping nota untuk memberitahu bahawa dia tidak bersalah.

Vasantha Piriya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jiran Hanya Mampu Lihat Api Jilat Rumah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain

Hasrat tunai umrah lebur ditipu 'ustaz'