Media Perlu Papar Lebih Banyak Isu Bandar - Semasa | mStar

Media Perlu Papar Lebih Banyak Isu Bandar

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Media di seluruh dunia diminta memaparkan lebih banyak laporan berkaitan isu bandar dalam usaha untuk menangani dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu berkenaan.

Bekas Timbalan Setiausaha Agung bagi Habitat III Kumaresh Chandra Misra berkata media atau wartawan merupakan pihak berkepentingan dalam pembangunan bandar sebab mereka memainkan peranan penting dalam mempengaruhi orang ramai ke arah pembangunan bandar lebih mampan.

"Isu bandar merupakan isu penting untuk kehidupan warganya dan satu-satunya cara untuk mengetahui isu itu sama ada baik atau buruk, positif atau negatif adalah menerusi wartawan kerana mereka boleh menjadi alat komunikasi dan penghantar mesej.

“Sebab itu kenapa adalah penting untuk wartawan menonjolkan atau melihat isu-isu bandar dan tidak hanya menumpukan pada soal jenayah, politik atau kemalangan tetapi juga aspek kehidupan di bandar secara holistik,”katanya kepada Bernama selepas berucap pada wacana Akademi Kewartawanan Bandar bersempena Forum Bandar Sedunia Ke-9 (WUF9) di sini, Sabtu.

Kumaresh mengambil perhatian bahawa walaupun lebih banyak media di Asia kini memberi liputan lebih meluas dan serius terhadap isu-isu bandar, mereka juga perlu menonjolkan lebih banyak pandangan dan suara penduduk di rantau itu.

Beliau berkata media sosial turut membantu dalam menangani isu bandar seperti dalam bidang pelaksanaan tindakan inovatif dan pembangunan bandar mampan.

Kumaresh berkata media juga perlu memberi liputan sewajarnya terhadap pelaksanaan Agenda Bandar Baharu terutamanya agenda berkaitan bandar raya di negara masing-masing.

Pada Oktober tahun lepas, Malaysia melancarkan NUA yang berobjektif membawa negara ke arah perbandaran dan pembangunan mampan di samping menyediakan garis panduan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

NUA diperkenalkan pada Oktober 2016 pada persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Habitat III di Quito, Ecuador, dan telah diterima pakai oleh 170 negara.

WUF9 selama seminggu bermula 7 Feb berlangsung dengan lebih 500 acara disusun termasuk perhimpunan, perbincangan meja bulat peringkat tinggi, dialog dan sesi khas. - Bernama

bandar , Habitat III

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KWSP Umum Dividen 6.9 Peratus

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain