Sultan Ibrahim Dapat Hadiah Replika Harley-Davidson - Semasa | mStar

Sultan Ibrahim Dapat Hadiah Replika Harley-Davidson

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dihadiahkan dengan replika motosikal kayu Harley-Davidson sebagai tanda penghargaan daripada seorang pemimpin masyarakat India.

Replika Harley-Davidson berukuran 500 kilogram itu diukir daripada kayu jati dan dihadiahkan kepada Tuanku Sultan Ibrahim oleh S. Deva di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pada Rabu.

Deva berkata, hadiah itu dibuat khusus untuk Baginda, kerana telah menjaga semua rakyat Johor tanpa mengira kaum atau agama mereka.

"Sudah menjadi impian saya untuk menghadiahkan Tuanku dengan replika motosikal kayu Harley-Davidson kerana Baginda memiliki koleksi peribadi motosikal ini.

"Saya juga telah dijemput untuk menyertai rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ) sejak lima tahun lalu," kata Deva.

Deva memutuskan untuk melaksanakan projek tersebut bersama seorang rakan dari Kumpulan Bergamo yang memiliki 17 tahun pengalaman dalam industri perkayuan.

Sultan Ibrahim , Tuanku Sultan Johor

Artikel Sebelum

Suami Isteri Cemas Diganggu Samseng Jalanan

Artikel Berikut

Laluan Rahsia Seludup Warga Asing Ditemui

Artikel Lain

Real Madrid menabung awal demi Mbappe