Nestle Malaysia Nafi Kandungan Gula Dalam Milo Tinggi - Semasa | mStar

Nestle Malaysia Nafi Kandungan Gula Dalam Milo Tinggi

KUALA LUMPUR: Nestle Malaysia pada Selasa menyangkal dakwaan produk Milonya mengandungi kadar gula yang tinggi.

Sebaliknya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Halal syarikat, Othman Md Yusoff berkata, jika pengguna mengambil minuman itu mengikut cadangan hidangan, kandungan gula hanya sekitar enam peratus.

"Kandungan  40 peratus gula (setiap  hidangan) yang dimaksudkan itu merujuk kepada serbuk yang belum dibancuh dengan air. Milo yang dibancuh hanya mengandungi sekitar enam peratus gula sahaja.

"Daripada enam peratus itu pula hanya tiga peratus sahaja gula yang ditambah manakala lagi tiga peratus adalah gula semula jadi daripada kandungan susu (laktosa) yang terdapat dalam serbuk Milo itu," jelasnya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata, sekiranya pengguna menyediakan minuman itu mengikut sukatan seperti yang dicadangkan pada bungkusan Milo iaitu lima sudu dicampur dengan 200 mililiter air maka minuman berkenaan tidak akan mengandungi kadar gula berlebihan.

Masalah timbul apabila pengguna tidak mengikut cadangan sukatan hidangan dengan menambahkan gula atau susu pekat dalam minuman itu, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video seorang aktivis media sosial yang tular baru-baru ini mendakwa kononnya produk Milo mengandungi kadar gula terlalu tinggi iaitu sebanyak 40 peratus bagi setiap hidangan. - Bernama

Milo , Nestle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain