Kerana 'Murid Tidak Sabar Tunggu Saya', Cikgu Menang Anugerah Antarabangsa - Semasa | mStar

Kerana 'Murid Tidak Sabar Tunggu Saya', Cikgu Menang Anugerah Antarabangsa

Noorjahan Sultan

PETALING JAYA: Tiada apa yang dapat memberikan kepuasan buat seorang insan bergelar guru selain melihat anak didiknya menunjukkan keterujaan untuk menuntut ilmu.

Noorjahan Sultan, 47, berkata sebagai guru bahasa Inggeris, beliau sentiasa mahu memastikan murid-muridnya meminati subjek tersebut.

"Murid-murid berasa tidak sabar menunggu saya untuk belajar bahasa Inggeris.

"Perasaan itulah yang memberi kepuasan kepada saya sebagai guru mata pelajaran tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Noorjahan Sultan

Atas faktor tersebut, pendidik dari Kuantan, Pahang ini telah mengharumkan nama negara apabila berjaya menarik perhatian juri untuk dipilih memenangi anugerah PearsonELT Teacher Award untuk kategori Asia & Oceania tahun 2018.

Beliau menewaskan 38 finalis dari rantau Asia & Oceania dalam anugerah ini yang bermatlamat mencari guru bahasa Inggeris terbaik melalui lima kategori.

Mempunyai pengalaman mengajar selama 22 tahun, Noorjahan berkata apabila dapat menimbulkan keseronokan untuk belajar menerusi kaedah 'didikhibur', secara tidak langsung ia akan meningkatkan kemahiran murid lemah bahasa Inggeris untuk bersaing dengan murid lain.

"Saya harap konsep didikhibur yang sebenar dapat diterapkan agar proses pembelajaran yang mesra dan menarik dapat diamalkan, seterusnya menjadikan pendidikan lebih bermakna kepada pelajar.

"Malah saya juga mahu berkongsi kaedah mesra pelajar ini dengan semua guru di seluruh negara.

"Teknik ini juga sebenarnya sudah pun dikongsi namun saya akan meluaskannya lagi kepada yang lain.

"Memang impian saya untuk terus menggemilangkan sistem pendidikan dan mengharumkan nama negara," ujarnya yang kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang.

Untuk rekod, beliau merupakan pengasas modul Let's Rhyme yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dua tahun lalu, Noorjahan dinobatkan sebagai Ikon Guru Kebangsaan 2016 dan merupakan finalis Anugerah Guru Global 2016.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia