suria

Tragedi Buah Mangga

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil buah mangga di Papar, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 petang Rabu, Madius Kandurug, 53, memanjat pokok itu yang terletak di sebelah tiang elektrik.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khatizah Rahaban berkata, Madius disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa dipercayai berseorangan ketika kejadian. 

mangga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain