Lelaki Cabul Budak Di Tapak Pesta Direman - Semasa | mStar

Lelaki Cabul Budak Di Tapak Pesta Direman

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang dirakam mencabul seorang budak perempuan di sebuah tapak pesta direman selama tujuh hari.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 berhubung sebuah video yang tular dan menunjukkan dia mencabul seorang kanak-kanak.

Melalui video yang dimuat naik di laman Facebook Durian Media, kanak-kanak itu dilihat duduk di atas peha suspek sementara suspek mencium pipi mangsa berulang kali.

Suspek turut mengusap dada mangsa dengan memasukkan tangan ke dalam pakaian merah mangsa sewaktu muzik kuat dimainkan di pesta tersebut.

Wajah kanak-kanak itu tidak ditutup dalam video tersebut.

Suspek yang ditahan pada pukul 3.10 petang Isnin tiba di mahkamah pada pagi Selasa dengan wajah dan mata yang lebam.

Bahagian kanan kepalanya turut menunjukkan sudah dicukur dan terdapat enam kesan jahitan.

Sumber polis yang enggan dikenali berkata, suspek dibawa ke balai polis Kuala Muda pada tengah hari Isnin dan kelihatan seperti sudah dibelasah dengan teruk.

Bagaimanapun, pihak polis belum mengenalpasti individu yang memukul suspek.

cabul budak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain