suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapten MH22 Buat Keputusan Tepat

KUALA LUMPUR: Kapten dan krew yang mengendalikan penerbangan MH122 Malaysia Airlines membuat keputusan tepat untuk mendapatkan bantuan teknikal dari lapangan terbang terdekat sebelum mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Alice Springs, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail (gambar).

Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, penerbangan ke Kuala Lumpur dari Sydney itu dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs, Australia pada 18 Jan selepas mengalami masalah teknikal.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat bunyi kuat yang didengari dari bahagian kiri enjin, diikuti isyarat amaran yang dipaparkan pada sistem elektronik pemantauan pesawat sebelum kapten meminta krew penerbangan bersedia untuk pendaratan biasa.

“Tiada keadaan kelam-kabut dilaporkan berlaku di dalam kabin. Saya berterima kasih kepada semua krew penerbangan yang menangani situasi itu mengikut peraturan dan dalam keadaan yang tenang. Krew melaksanakan tugas mereka dengan baik, seiring latihan intensif, dalam menguruskan situasi seperti itu. Keselamatan sama sekali tidak dipandang ringan.

“Saya memohon maaf daripada semua pelanggan kami susulan kejadian itu dan saya memahami kebimbangan yang telah dialami,” katanya.

Izham berkata, penumpang yang terjejas telah ditempatkan di empat hotel berasingan berhampiran lapangan terbang itu selain makanan dan pengangkutan turut disediakan kepada mereka.

“Penumpang akan meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur hari ini menggunakan pesawat MH148, yang akan berlepas dari Alice Springs pada 5.45 petang dan tiba di Kuala Lumpur pada 9.50 malam hari yang sama.

“Bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan, ia juga telah ditempah semula dengan penerbangan tersedia seterusnya ke destinasi mereka,” katanya. - Bernama

Malaysia Airlines, MH22

Artikel Sebelum

Artikel Lain