“Mereka Juga Mahu Disolek” – Jurusolek Bahasa Isyarat - Semasa | mStar

“Mereka Juga Mahu Disolek” – Jurusolek Bahasa Isyarat

Nurhafizah Ibrahim.

PETALING JAYA: Seorang wanita menampilkan kelainan apabila melakukan bahasa isyarat bagi menawarkan khidmat jurusolek menerusi sebuah video yang tular di media sosial.

Menjelaskan perkara itu, wanita berkenaan mengakui dirinya boleh berbahasa isyarat berikutan adiknya mengalami masalah kehilangan pendengaran. 

Video berdurasi hampir seminit itu menjadi perhatian ekoran perkhidmatannya turut ditawarkan kepada bakal pelanggan yang mengalami masalah bisu dan pekak.

Jurusolek berkenaan, Nurhafizah Ibrahim, 26, berkata, dia belajar bahasa isyarat daripada adik istimewanya, Nursyafiqah Ibrahim, 25, tetapi mula mengikuti kelas untuk mempelajarinya secara lebih mendalam, sejak setahun lalu.

Jelasnya, dia adalah anak ke-11 daripada 12 beradik, manakala Nursyafiqah anak bongsu dan kedua-dua mereka begitu rapat sejak kecil.

“Saya memahami keadaan adik yang kadang-kadang berasa tersisih bila bergaul dengan orang lain kerana dia hanya bergantung kepada visual akibat tidak boleh mendengar.

“Adik pernah beritahu mengenai rakan-rakan yang mempunyai masalah sama mahu mendapatkan khidmat jurusolek tetapi masalah komunikasi memberi kesukaran kepada mereka untuk mencari jurusolek yang sesuai. 

“Semua perlu tahu, mereka yang pekak dan bisu juga ada keinginan seperti kita untuk mempunyai wajah yang dihias jurusolek,” katanya kepada mStar Online

(Gambar kanan) Eja (kiri) dan Nursyafiqah begitu rapat sejak kecil. (Gambar kiri) Eja dan Nursyafiqah semasa kanak-kanak.

Lebih dikenali sebagai Eja, katanya, solekan wajah adalah sesuatu yang bervisual, oleh itu komunikasi adalah penting bagi memastikan kehendak pelanggan dipenuhi. 

Eja yang menjadi jurusolek sejak empat tahun lalu bagaimanapun berkata, gambar-gambar contoh teknik solekan turut ditunjukkan kepada pelanggan sebagai rujukan.

“Kebanyakan pelanggan saya sebelum ini minta saya solekkan wajah mereka untuk majlis perkahwinan. Setakat ini baru seorang pelanggan yang mengalami masalah pendengaran menggunakan khidmat saya,” katanya sambil menambah beliau turut menyediakan khidmat solekan untuk pelanggan yang menghadiri majlis dan rakaman foto.

Menyifatkan adiknya sebagai seorang yang jujur dan berterus-terang, Eja berkata, Nursyafiqah juga mempunyai kebolehan meniru gaya dan bahasa tubuh orang lain.

“Adik seorang yang ceria. Walaupun tidak dapat bertutur seperti orang lain, tetapi dia sebenarnya ‘petah’ melalui bahasa isyarat. Ada saja yang ingin dikatakannya,” katanya sambil menambah Nursyafiqah pakar membuat roti, biskut dan kek.

Kebanyakan pelanggan Eja untuk solekan pengantin.

Mengenai videonya yang tular di media sosial, Eja menjelaskan, walaupun menggunakan bahasa isyarat, terdapat suara latar untuk pendengaran orang lain.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana iklan atau promosi menerusi video atau gambar seharusnya lebih sensitif terhadap golongan kurang upaya ini.

“Mereka tak boleh mendengar, jadi mereka bergantung sepenuhnya kepada visual. Kalau buat video, buatlah sari kata atau keterangan yang lengkap untuk gambar bagi membolehkan golongan ini faham apa yang hendak anda sampaikan,” katanya.

pekak , bisu , jurusolek

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pasport Baharu, Caj Sama

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain