Sin Woon Calon MCA Di Parlimen Seremban - Semasa | mStar

Sin Woon Calon MCA Di Parlimen Seremban

SEREMBAN: MCA akan meletakkan Ketua Pemudanya Senator Datuk Chong Sin Woon untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata pemilihan Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan adalah berdasarkan gerak kerja beliau selain dilihat mempunyai komitmen tinggi dalam memberi khidmat kepada penduduk Seremban ditambah keperibadian yang dinamik serta popular dalam kalangan penduduk setempat.

"Saya minta penduduk di Seremban memberi sokongan kepada MCA kerana kita perlukan perwakilan kaum Cina dalam kerajaan  bagi memberi perkhidmatan berterusan kepada masyarakat Cina,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Besar Seremban, pada Ahad.

Turut hadir, Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri King Lim Chin Fui.Liow juga berkata MCA telah menghantar senarai pendek calonnya untuk PRU ke-14 kepada Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional.

Pada masa sama, Liow berkata MCA berterima kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan yang sentiasa menjaga kebajikan kaum Cina sekalipun kaum itu tiada wakil dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Beliau  turut mengingatkan pengundi Cina agar tidak terpedaya dengan racun emosi yang sering  digunakan oleh pembangkang untuk memancing undi.

Mengulas pemilihannya itu, Chong berterima kasih kepada MCA dan berjanji akan melaksanakan tugas yang diberi dengan komitmen tinggi.

"Saya mohon pengundi Seremban memberi peluang kepada saya untuk membawa suara Seremban masuk ke Parlimen  kerana sebelum ini tidak banyak isu-isu Seremban yang dibawa masuk ke Parlimen," katanya.

Kerusi Parlimen Seremban kini disandang oleh Anthony Loke Siew Fook daripada DAP yang menewaskan calon MCA  Datuk Dr Yeow Chai Thiam (mendiang) dan tiga calon Bebas pada PRU13.-Bernama

Datuk Chong Sin Woon , MCA

Artikel Sebelum

Ku Nan OK Tun M Tanding Di Putrajaya

Artikel Berikut

Kudung 'Digoda' Won Korea!

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.