suria

Tikam Gadis 14 Tahun 45 Kali, Dua Remaja Antara Ditahan

Gambar hiasan.

KUANTAN: Polis berjaya menahan sembilan suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang gadis berusia 14 tahun yang berlaku di Bera pada Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, dua daripada suspek yang ditahan merupakan remaja berusia 15 dan 17 tahun.

Kata beliau, tangkapan itu dibuat dalam tempoh 62 hari siasatan itu dijalankan.

"Dua remaja yang ditahan akan didakwa di mahlamah di Temerloh pada Jumaat," kata Othmah melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Tambah beliau, telefon bimbit yangh dirampas daripada suspek dipercayai milik mangsa.

Menurut Othman, orang awam menemukan mayat mangsa di permukaan Sungai Triang, Bera ketika melalui jambatan sungai itu pada 26 Oktober lalu.

"Bedah siasat menunjukkan terdapat 45 tikaman pada bahagian dada, abdomen, belakang badan, kedua-dua lengan dan kaki kiri yang turut menyebabkan kecederaan pada paru-paru mangsa serta dipercayai disebabkan oleh sebilah pisau," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain