suria

Kereta ‘Terbang’ Masuk Dapur Warung

Morsid menunjukkan warung anaknya yang rosak akibat dilanggar kereta, awal pagi Isnin.

SEREMBAN: Sebuah warung di Jalan Kayu Ara dekat sini musnah apabila dirempuh oleh sebuah kereta yang ‘terbang’ menuju ke dapur sebuah kedai makan di sini, awal pagi Isnin.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu menyebabkan penghuni rumah yang juga pemilik warung tersedar sebelum berlari keluar.

Menurut Morsid Osman, 83, semasa kejadian dia dan keluarga sedang tidur.

“Secara tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman seperti benda meletup dari arah luar.

“Saya dan anak lelaki berlari keluar melihat keadaan di luar dan mendapati sebuah kereta berada dalam bahagian dapur kedai makan kami.

“Anak segera menghubungi bomba dan polis untuk minta bantuan kerana bimbang ada tong gas dalam kedai, takut meletup,” katanya ketika ditemui.

Tambah Morsid, kereta tersebut yang dipandu oleh seorang lelaki India dipercayai ‘terbang’ berikutan dua kereta milik anaknya yang diparkir dalam kedai itu tidak terjejas namun bumbung atas kedai itu rosak.

Katanya, mujur kereta tersebut tidak melanggar bahagian tepi dinding kerana di situ adalah bilik tidurnya.

Kerugian dianggarkan sebanyak RM50,000.

Sementara itu, sebanyak tujuh anggota bomba termasuk seorang pegawai berkejar ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa.

Mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke hospital untuk tindakan susulan. - Sinar Online

kereta terbang, warung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wanita Maut Terhidu Asap

Artikel Lain