Aerotrain KLIA Sambung Operasi Lepas Tergendala - Semasa | mStar

Aerotrain KLIA Sambung Operasi Lepas Tergendala

Stesen aerotrain di KLIA. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menyambung operasinya pada 11.22 pagi tadi  menggunakan satu daripada trennya, kata operator Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Kami juga menyediakan 17 buah bas dan tiga van bagi mengangkut penumpang di antara terminal utama dan bangunan satelit bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini.

MAHB berkata pasukan kejuruteraan mereka masih mengusahakan kerja-kerja penyenggaraan pada satu lagi tren.

Terdahulu, MAHB melaporkan perkhidmatan aerotrainnya tergendala pada Isnin bagi  memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan luar jadual susulan pengendalian penumpang dalam  kapasiti tinggi.

Dalam pada itu, syarikat tersebut menasihati penumpang agar datang lebih awal memandangkan lapangan terbang berkenaan dijangka mengendalikan lebih 90,000 penumpang setiap hari pada  musim cuti puncak ini.

“Kami hargai kesabaran anda dan kami mengucapkan selamat bercuti,” kata MAHB. - Bernama

aerotrain KLIA

Artikel Sebelum

Polis Jumpa Seguni Rangka Motosikal

Artikel Berikut

Isa Samad Nafi 'Lari', Sedia Disiasat

Artikel Lain