suria

Isu Sungai Yu: SPRM Rekod Keterangan 15 Saksi

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan keterangan saksi berhubung siasatan terhadap skandal tanah di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

Pasukan penyiasat telah merekod lebih 15 individu termasuk seorang Exco kerajaan Negeri Selangor bagi membantu siasatan.

Antara yang dipanggil adalah saksi daripada Pejabat Tanah dan Galian, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), wakil penduduk dan kuil.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani berkata, lebih ramai akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi tujuan mengumpul bukti sera melengkapkan kertas siasatan.

“Pasukan penyiasat juga masih dalam proses meneliti dokumen-dokumen yang telah diambil daripada pejabat tanah Kuala Selangor dan beberapa ahli exco minggu lalu.

“Kita masih dalam proses mengumpul bukti-bukti dan maklumat-maklumat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, Isnin.

Sebelum ini, Selcat mengesahkan wujudnya pelanggaran syarat dalam skandal berkenaan.

Siasatan ke atas kes tersebut dibuka semula setelah SPRM memperoleh bukti-bukti baharu berkaitan dengan skandal terbabit yang melibatkan tanah seluas 14.4 hektar.


SPRM, Sungai Yu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain