suria

Pek DIY Tarik Perhatian

Video kempen berdurasi 16 saat telefon pintar menerima panggilan telefon daripada Tun M.

SHAH ALAM: Pek Do-It- Yourself (DIY) iaitu satu aplikasi kempen pilihan raya yang dilancarkan Pakatan Harapan (Harapan) pada Sabtu sudah pun mendapat perhatian masyarakat.

Meskipun baharu sehari dilancarkan, netizen sudah pun memanfaatkan sepenuhnya penggunaan aplikasi kempen itu.

Sebuah video kempen berdurasi 16 saat memaparkan seorang pengguna telefon pintar menerima panggilan telefon daripada pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaik sahaja panggilan dijawab, video tersebut memaparkan suara Mahathir yang meminta si penerima panggilan mengundi Harapan pada PRU14 akan datang.

"Marilah kita keluar bersama-sama mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya yang ke 14 ini," katanya.

Pelancaran gimik pek DIY disempurnakan Mahathir bersama Presiden Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pelancaran itu sekaligus menandakan Harapan sekarang sudah bersedia untuk bertempur dalam PRU14 nanti.

Pek DIY merupakan satu medium untuk menyebarkan bahan kempen pilihanraya pembangkang.

DIY atau buat sendiri adalah pek lengkap bahan kempen pilihanraya yang boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja dan kemudiannya dicetak dan disebarkan, ianya mudah, cepat dan murah. - Sinar Online

Pek DIY, Tun M

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nasi Lemak Udang Karang

Artikel Lain