“Saya Ahli Umno Tapi...” - Azwan Ali - Semasa | mStar

“Saya Ahli Umno Tapi...” - Azwan Ali

Azwan Ali.

SHAH ALAM: Selebriti popular tanah air, Azwan Ali mengaku dirinya merupakan penyokong tegar Umno selama ini.

Perjuangan menyokong parti itu bermula sejak kecil lagi.

“Saya memang dah lama bersama Umno.

“Saya memang ahli Umno, cuma belum daftar sahaja lagi,” katanya semasa dalam sesi temubual yang dibuat secara langsung Sinar Online.

Katanya, perjuangan bersama Umno pernah terhenti pada PRU13 di mana ketika itu Azwan membantu abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkempen untuk Pakatan Rakyat.

“Sekarang ini, saya dah sedia untuk mendaftar, kalau ada siapa-siapa yang sudi, bolehlah... daftarkan saya.

“Saya tahu perjuangan parti ini macam mana, kerana itu masih bertahan,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, bidang politik ini merupakan satu bidang yang lain dan menarik minatnya untuk meneruskannya dengan lebih serius.

“Ia begitu lain, yang kuat sahaja mampu berada di sini (politik). Mungkin satu hari nanti, saya akan lebih serius.

“Buat masa ini, saya masih belajar selok-belok politik,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika diminta pendapat mengenai selebriti tempatan yang begitu lantang di media sosial, Azwan berkata, ia tidak salah.

“Saya juga antara yang menggunakan media sosial untuk berkata atau menegur sesuatu, tetapi kalau nak cakap, pastikan tahu perkara itu dahulu.

“Jangan cakap tapi tak tahu apa-apa,” katanya.

Azwan yang sebelum ini mendiamkan diri dari bidang seni sejak tiga tahun lalu, membuat kemunculan apabila hadir ke Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Lebih memeranjatkan apabila Azwan hadir bersama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos serta melancarkan serangan terhadap abangnya Mohamed Azmin. - Sinar Online

Azwan Ali , Umno

Artikel Sebelum

Kes Bunuh Tanjung Sepat: Lelaki OKU Ditahan

Artikel Berikut

Apa Salah Pakcik?

Artikel Berkaitan

SPRM Akan Jumpa Azwan Ali

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal