suria

Budak Tonton TV Maut Terkena Tembakan

Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin. Foto ihsan Utusan

ALOR SETAR: Polis menahan seorang remaja lelaki  berusia 15 tahun dan bapanya bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya turut merampas selaras senapang patah daripada mereka.

“Berdasarkan temu bual dengan saksi, kami percaya kanak-kanak perempuan itu terkena tembakan senapang patah yang dibawa oleh remaja lelaki tersebut.

“Difahamkan senapang itu adalah milik moyang remaja lelaki berkenaan yang dibawa balik oleh bapanya yang berusia 50 tahun bagi tujuan menembak tupai,” katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata, senapang itu mempunyai lesen yang sah dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 11 pagi, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin yang sedang menonton televisyen di rumah datuknya maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kiri mukanya akibat terkena tembakan senapang patah.

Artikel Sebelum

Ikan Bilis ‘Sajat, Fazura’?

Artikel Lain