AirAsia X Kini Terbang Ke Jeju - Semasa | mStar

AirAsia X Kini Terbang Ke Jeju

JEJU: Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X mengembangkan rangkaian laluannya di Asia dengan melancarkan destinasi tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Jeju pada Rabu sebelum melabuhkan tirai 2017.

Syarikat berkenaan memulakan penerbangan sulungnya ke Pulau Jeju, Korea Selatan dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju pada petang Selasa dengan masa perjalanan selama enam jam.

Ketibaan pesawat Airbus A330-300 dan nombor penerbangan D7 501 itu menjadikan AirAsia X sebagai satu-satunya syarikat penerbangan menyediakan laluan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan pulau terbesar di pesisir semenanjung Korea Selatan tersebut.

Pengerusi AirAsia X Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, Jeju menjadi destinasi ketiga syarikat penerbangan itu di Korea Selatan selepas Seoul (Incheon) dan Busan.

“AirAsia X melihat potensi besar dalam penerbangan dua hala antara Kuala Lumpur dan Jeju yang bukan sahaja mampu menghubungkan kedua-dua negara, malahan membolehkan pelancong untuk pergi lebih jauh.

“Selain memudahkan pelancongan dan aliran perniagaan serta perdagangan, laluan penerbangan terus ini juga akan mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan, di samping membawa seluruh Asia lebih dekat, terutamanya dari rantau Asia Tenggara,” katanya dalam ucapannya sempena pelancaran laluan penerbangan Kuala Lumpur-Jeju di sini pada Rabu.

Turut hadir Duta Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Rohana Ramli; Pengarah Kanan Biro Pelancongan Wilayah Jeju, Lee Seungchan dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail.

Perkhidmatan empat kali seminggu yang ditawarkan antara Kuala Lumpur dan Jeju itu akan memperluaskan rangkaian syarikat penerbangan itu di Asia Utara.

Laluan terbaru tersebut juga akan mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan syarikat AirAsia dan AirAsia X di pasaran Korea Selatan dengan jumlah 75 penerbangan seminggu dan penawaran sebanyak 1,183,468 kapasiti setahun bagi penerbangan sehala.

Bersempena dengan pelancaran penerbangan sulung destinasi terbaharu ini, AirAsia X menawarkan promosi tambang  dari serendah RM249 sehala bagi tempat duduk ekonomi dan tempahan sudah mula dibuka sekarang di laman web airasia.com sehingga 19 Disember untuk penerbangan dari 16 Disember 2017 hingga 27 Oktober 2018.

Jeju adalah pulau gunung berapi indah yang terletak 64 kilometer (km) di selatan Semenanjung Korea.

Ia merupakan pulau percutian paling popular di negara Korea Selatan dan rumah kepada Tapak Warisan Dunia UNESCO.

AirAsia X , Jeju

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Ambil Keterangan Zaid Ibrahim

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain