Dakwaan Sindiket Seludup Buruh Haram Di KLIA Disiasat - Semasa | mStar

Dakwaan Sindiket Seludup Buruh Haram Di KLIA Disiasat

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat empat sindiket besar  yang menguruskan penyeludupan buruh haram warga Bangladesh di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sedang menyiasat mengenai sindiket itu yang dikatakan beroperasi di Dhaka, Bangladesh dan ibu negara.

“Ya, masih dalam siasatan pihak kita,” katanya.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan sindiket itu dikatakan mampu mendapat laba RM5.2 juta setahun dengan mengenakan bayaran antara RM15,000 ke RM20,000 seorang termasuk wang ‘pelincir' kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen serta pihak Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Menurut laporan itu, difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 38 penerbangan beroperasi dari Dhaka ke KLIA setiap hari. - BERNAMA

buruh haram , KLIA

Artikel Sebelum

Rezeki Anak Syurga

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain