Dua Jawatan Tertinggi Parti Tidak Perlu Dipertandingkan - Sayap Umno - Semasa | mStar

Dua Jawatan Tertinggi Parti Tidak Perlu Dipertandingkan - Sayap Umno

KUALA LUMPUR:Tiga sayap Umno - Pemuda, Wanita dan Puteri mencadangkan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Saranan ini dikemukakan pada ucapan dasar yang disampaikan ketua pergerakan ketiga-tiga sayap berkenaan.

Kata Khairy Jamaluddin, keutamaan parti sekarang adalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bukan pemilihan parti.

"Menerusi landasan Pemuda Umno ini, kami mencadangkan bila menang pilihan raya nanti, insyaAllah, jawatan presiden dan timbalan presiden tak perlu dipertandingkan.

"Pemuda Umno memberi sokongan sebulat hati kepada Presiden  Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas timbalan presiden, untuk terus mengemudi parti," kata Khairy.

Sementara itu, Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menambah, dua jawatan tertinggi parti tidak sepatutnya dipertandingan demi perpaduan, kestabilan dan persetujuan bersama.

Selain itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula berkata, memandangkan Najib dan Ahmad Zahid adalah gandingan yang baik, kedua-duanya perlu diberi peluang untuk memimpin negara dan parti.

"Sebab itulah, sayap Puteri mencadangkan supaya kedua-dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.

"Mereka (Najib dan Ahmad Zahid) perlu diberi peluang untuk meneruskan tugas bersama bukan saja untuk memperkukuhkan kedudukan parti, malahan juga negara," katanya.

Umno , Najib , Zahid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SKMM Sekat 155 Laman Web

Artikel Berkaitan

“Saya Ahli Umno Tapi...” - Azwan Ali

‘Sebab Azmin Saya Tak Dapat Job’

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain