‘Dah Jadi Rumah Kedua Saya’ - Semasa | mStar

‘Dah Jadi Rumah Kedua Saya’

Arbi mencari buku yang hendak dibaca. Foto Sinar Online

SEGAMAT: Seorang warga emas di Felda Medoi, di sini, menjadikan perpustakaan awam milik Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor di tanah rancangan tersebut sebagai rumah keduanya.

Arbi Hamid, 79, berkata, sejak lima tahun lalu dia akan pergi ke perpustakaan tersebut setiap hari bagi membaca buku dan melayari laman sesawang bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuannya selain mengetahui perkembangan isu semasa.

“Apa yang makcik lakukan ini seolah-olah mengembalikan masa lampau makcik di zaman kanak-kanak kerana dulu mak cik tak berpeluang untuk belajar tinggi. Hanya setakat darjah lima saja sebab faktor ekonomi keluarga.

“Memang rutin harian makcik bermula pukul 12 tengah hari akan datang ke perpustakaan ini dan balik sekejap ke rumah untuk solat Zuhur, sebelum kembali semula sehingga perpustakaan ini ditutup,” katanya ketika ditemui di perpustakaan itu, baru-baru ini.

Katanya, ada kalanya dia akan meminjam beberapa bahan bacaan dalam tempoh beberapa hari untuk dibawa pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari perpustakaan tersebut kerana masa yang tidak mencukupi.

Menurut ibu kepada lapan anak itu, walaupun dirinya bukan ulat buku, dia tidak mahu menjadikan faktor umur sebagai penghalang atau alasan untuk dirinya terus ketinggalan walaupun pada zaman digital ini.

“Bagi makcik, salah satu cara nak tambah ilmu adalah dengan membaca buku, walaupun pada zaman sekarang ini ramai yang pilih untuk baca secara atas talian saja kerana maklumat lebih pantas.

“Makcik juga mahu jadi contoh kepada keluarga mak cik dan mak cik rasa amat rugi jika kemudahan seperti perpustakaan ini tak dimanfaatkan dengan sepenuhnya tambahan pula ia percuma,” katanya.

Menurutnya, antara buku yang menjadi pilihannya adalah buku keagamaan selain berharap warga emas lain seperti dirinya membuang perasaan malu sekiranya mahu memperbaiki diri dan kehidupan.

Sementara itu, petugas perpustakaan, Atikah Md Jidi, 40, yang juga anak kelima Arbi berkata, perpustakaan berkenaan mula beroperasi sejak 2003 dan menawarkan pelbagai bahan bacaan untuk setiap peringkat umur.

“Pertama kali ibu datang ke sini (perpustakaan) kira-kira lima tahun lalu dengan mengayuh basikal. Pada awalnya saya memang terkejut kerana kami (anak-anak) sebenarnya mahu ibu berehat saja di rumah.

“Sekarang saya akan membonceng ibu sekiranya dia nak datang ke perpustakaan. Saya risau dengan keselamatannya jadi biarlah saya hantarnya sendiri. Ini lebih selesa sebab dapat perhatikan ibu dengan lebih dekat,” katanya. - Sinar Online

Arbi Hamid , perpustakaan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Murid India Sertai Khatan

Artikel Berkaitan

Peserta Separa Maraton Meninggal Dunia

Mekanisme Baharu Ganti Imams

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain