Ikan Darat Jadi Rebutan Di Kelantan - Semasa | mStar

Ikan Darat Jadi Rebutan Di Kelantan

Zuhairi berpayung sanggup datang dari Kota Bharu semata-mata untuk membeli ikan darat.

RANTAU PANJANG: Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk untuk melihat paras air ketika banjir, namun lebih menariknya ialah aktiviti menjual ikan darat.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan tersebut mendapati, beberapa peniaga menjual pelbagai jenis ikan, yang di antaranya popular ketika musim bah sahaja.

Dalam keadaan hujan lebat sekalipun, peniaga ini sanggup kesejukan seawal jam 6 pagi lagi untuk menjual ikan-ikan berkenaan kerana bagi mereka jualannya lebih lumayan.

Antara ikan yang menjadi pilihan adalah puyu, haruan, tapah, tuman galang, baung, patin sungai, lampam, tenggalang dan limbat.

Harga ikan-ikan tersebut pula mencecah puluhan ringgit dan lebih mahal dari biasa.

Namun bagi penggemarnya, harga bukanlah masalah kerana bagi mereka, ia perkara biasa memandangkan ada di antaranya hanya boleh dibeli pada musim ini sahaja.

Seorang pengawal keselamatan yang sudah enam tahun menjadikan berniaga ikan sebagai kerjaya sambilan, Nazita Hamad berkata, setiap kali musim banjir dia akan mengambil kesempatan menjualnya dan bekalan dibeli daripada pembekal.

Zuhairi berpayung sanggup datang dari Kota Bharu semata-mata untuk membeli ikan darat.

Ikan darat menjadi pilihan Mahusin (kiri) ketika banjir.

“Walaupun sejuk, hujan, saya tetap jual ikan-ikan ni sebab sambutan memang menggalakkan. Hujan tak apa asalkan dapat memenuhi permintaan penggemar ikan darat ini.

“Sebelah malam saya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dalam sehari boleh dapat RM500 jualan dan saya berniaga sehingga jam 6.30 petang, biasanya habis awal,”  katanya.

Jual tepi jalan

Peniaga lain, Muhamad Hisyam Muhamad Zain berkata, pada musim tengkujuh, dia sudah mula bekerja sejak jam 6 pagi lagi dan setiap kali musim banjir ikan dijual di tepi-tepi jalan.

“Hari biasa pun saya jual, tapi kalau musim banjir saya berniaga di tepi-tepi jalan sebab memang ramai yang lalu lalang akan beli di sini.

“Paling mahal ikan yang saya jual ialah RM70 sekilo untuk ikan tenggalang, sebab ikan ini sangat sedap, hampir sama dengan ikan kelah,” katanya.

Seorang pelanggan, Zuhairi Zulkifli berkata, dia sanggup datang dari Kota Bharu semata-mata mahu membeli ikan darat di Rantau Panjang.

“Memang setiap kali banjir saya datang sini beli ikan darat. Sebab sini ikan segar-segar dan jadi pilihan kami,” katanya.

Sementara itu, penduduk setempat, Mahusin Sulaiman berkata, dia sanggup membeli dengan harga mahal daripada biasa kerana baginya ia sangat berbaloi.

“Rasa ikan musim banjir ini lemak manis, bagi saya lain daripada biasa. Tak kisah bayar mahal sebab bukan selalu saya boleh makan,” katanya.

ikan darat

Artikel Sebelum

Makin Derma, Makin Ramai Pengemis

Artikel Berikut

Kecoh Langsuir Tenggek Atas Tiang Elektrik

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut