Pekerja Filipina Maut, Kepala Tersepit - Semasa | mStar

Pekerja Filipina Maut, Kepala Tersepit

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki Filipina maut selepas kepalanya tersepit pada mesin acuan sebuah kilangdi Bukit Minyak, di sini awal pagi Rabu.

Kejadian dipercayai berlaku ketika pekerja kilang berusia 35 tahun itu sedang mengendalikan mesin itu  pada 7.10 pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba Bandar Perda Azham Abdul Majid berkata mangsa dikeluarkan dengan dibantu juruteknik kilang itu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Bukit Mertajam dan mayatnya dihantar ke hospital itu untuk bedah siasat," katanya hari ini.

Kepala tersepit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain