suria

StarBiz Premium Dilancar

KUALA LUMPUR: Kumpulan Media Star mengambil langkah ke hadapan dalam era digital dengan melancarkan perkhidmatan berita berasaskan langganan yang hanya memberi tumpuan kepada pasaran modal.

Dikenali sebagai StarBiz Premium, ia merupakan kerjasama antara StarBiz dan Wall Street Journal serta Singapore Business Times.

Produk tersebut akan memberikan berita mengenai perspektif global dan serantau dan boleh didapati dalam talian secara eksklusif.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, syarikat media itu memulakan langkah dengan membuat aturan langganan berbayar selepas menyediakan banyak berita dan skup secara percuma sejak 22 tahun lalu.

"Untuk mencapai tujuan ini, kami merasakan bahawa keadaan yang akan mendorong para pembaca untuk mendapatkan aturan ini adalah dengan menyediakan berita berkaitan ekonomi dan pasaran modal. 

"Maklumat yang boleh dipercayai dan tepat diperlukan untuk membuat keputusan di mana-mana pada bila-bila masa," kata Chun Wai.

Langganan StarBiz Premium bermula serendah RM10 sebulan.

StarBiz merupakan laman web berita perniagaan paling popular di negara ini, dengan menjana purata lebih 1.4 juta pelawat unik dan 5.8 juta paparan halaman sebulan.

Artikel Sebelum

MP Cheras Diarah Keluar Dewan

Artikel Berikut

Artikel Lain