PRU14 Tahun Depan - Semasa | mStar

PRU14 Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad membayangkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan tahun depan, yang secara rasminya menamatkan spekulasi bahawa ia akan diadakan tahun ini.

Ketika memberikan bayangan mengenai perkara itu semasa merasmikan Persidangan ke-46  Perwakilan  Nasional Gerakan di Menara PGRM di sini, Ahmad Zahid mahu anggota parti itu supaya mempersiapkan  jentera pilihan raya mereka bagi menghadapi pilihan raya.

“Kita berusaha dengan sebaik-baiknya dan saya yakin dalam PRU14 pada tahun hadapan, jika bekerja kuat, kita memperkasa jentera pilihan raya untuk memberi kemenangan kepada BN di seluruh negara,” katanya.

Katanya walaupun tarikh masih belum diberikan, PRU14 akan diadakan dalam tempoh 180 hari akan datang dan setiap anggota parti perlu bersiap siaga untuk menghadapinya.

“Sesiapa yang mengatakan bahawa pilihan raya akan diadakan melebihi 180 hari, mereka  sudah sudah tidak lagi berhubung dengan realiti,” katanya.

Sebelum ini, pilihan raya diramalkan akan diadakan menjelang akhir tahun ini, namun pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan pada Mac atau April tahun depan, selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Pilihan raya yang ditunggu-tunggu itu mesti diadakan sebelum tempoh masa berakhir pada Ogos tahun depan, dengan tempoh masa 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Semasa PRU13, Barisan Nasional telah memenangi 133 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat manakala pembangkang di bawah Pakatan Harapan, memenangi 89 kerusi. - Bernama

PRU14

Artikel Sebelum

Pembedahan Bahu Anwar Berjaya

Artikel Berikut

“Tiga-Tiga Salah Sebab Memekik”

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini