suria

Pembedahan Bahu Anwar Berjaya

PETALING JAYA: Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) selamat menjalani pembedahan laparoskopik bagi merawat kecederaan pada bahu kanannya.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, seorang konsultan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai berkata, Anwar diperiksa oleh seorang konsultan ortopedik yang dipilih beliau sebelum pembedahan itu dijalankan.

"Beliau bersetuju dengan penemuan dan mahu melakukan prosedur pembedahan," Kata Jeyaindran.

Bagi membantu proses pemulihan Anwar, tiada pelawat dibenarkan hadir kecuali anggota keluarga terdekat beliau.

Anwar, 70, dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Beliau kini menjalani hukuman itu di Penjara Sungai Buloh.

Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PRU14 Tahun Depan

Artikel Lain