Grab Tawar Diskaun Untuk Mangsa Banjir Pulau Pinang - Semasa | mStar

Grab Tawar Diskaun Untuk Mangsa Banjir Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan teksi e-hailing (e-panggilan), Grab kini menawarkan diskaun sehingga 23 Nov ini untuk perjalanan pergi-balik ke tempat kerja dan sekolah bagi mangsa banjir di Pulau Pinang.

Menurut syarikat itu, penduduk Pulau Pinang hanya perlu menekan kod promosi 'GRAB4PG' dalam aplikasi panggilan untuk menikmati potongan RM5 tanpa tunai atau GrabPay bagi 25 perjalanan yang disediakan di negeri itu.

"Kami juga meminta para sukarelawan dalam syarikat serta pemandu dari bandar berdekatan supaya menjadi pemandu Grab di Pulau Pinang dari 13 hingga 17 Nov ini bagi memenuhi permintaan memandangkan banyak kenderaan rosak akibat banjir,” kata Ketua GrabCar dan Teksi Grab Luar Lembah Klang, Justin Tiew.

Dalam kenyataan pada Sabtu, beliau berkata, bagi membantu sara hidup pemandu, Grab buat masa ini tidak mengenakan caj komisen pada tempahan di negeri itu sehingga dimaklumkan, justeru semua pemandu Grab boleh menikmati sepenuhnya tambang yang dikenakan terhadap penumpang dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata ramai pemandu dan kenderaan mereka terjejas dengan banjir di negeri itu dan oleh itu syarikat itu tidak akan melaksanakan sebarang kenaikan harga tempahan sehingga dimaklumkan.

"Sebagai sebuah syarikat, kamu mahu bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang kerana kami juga turut terkesan seperti rakan, keluarga, sahabat dan penumpang kami di negeri itu,” katanya. - Bernama

Grab

Artikel Sebelum

Tetap Bersyukur Walau Hebat Diuji

Artikel Berikut

Dua Penduduk Tioman Hilang Kini Selamat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain