suria

'Kereta Terbang' Hempap Kereta Lain

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu warga Singapura yang memandu laju terbabas sebelum merempuh empat kenderaan lain di hadapan sebuah hotel bajet di Setia Indah di sini.

Pemandu berusia 44 tahun yang hilang kawalan itu kemudiannya menghempap sebuah kereta antara dua Perodua Viva.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, insiden berlaku pada pukul 3.15 pagi Selasa lalu.

"Pemandu itu dari Jalan Daya Utama sebelum dia hilang kawalan apabila melalui bonggol di Jalan Jaya Putra 1 dan melanggar kereta-kereta yang diletakkan di hadapan hotel," katanya.

Tambah Shahurinain, warga Singapura itu mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Artikel Sebelum

Siapa Kurus Boleh Terbang!

Artikel Berikut

Kren Tumbang Hempap Kereta

Artikel Lain