Putera Charles Masih Bertenaga - Semasa | mStar

Putera Charles Masih Bertenaga

Putera Charles (tengah) melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh. -fotoBERNAMA

KUCHING: Putera Charles, Prince of Wales, bakal  menyambut ulang tahun keputeraan yang ke-69 pada 14 November ini, namun baginda kelihatan sihat dan bertenaga.

Putera Charles masih mampu berjalan jauh selain mendaki bukit, dan tidak menunjukkan tanda-tanda kepenatan di wajah baginda.

Ini diperhatikan jurugambar Bernama, Razali Nordin ketika Putera Charles melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh di Siburan, 20km dari sini, Isnin.

-fotoBERNAMA

"Kita perlu berjalan sejauh kira-kira satu kilometer untuk melihat bagaimana orang utan diberi makan di pusat berkenaan. Kami juga perlu mendaki bukit ke pusat itu tetapi saya tidak nampak baginda  seperti  keletihan," kata Razali.

Razali berkata beberapa wartawan British dan tempatan yang membuat liputan program berkenaan  terpaksa berhenti beberapa kali, sebelum tiba di pusat tersebut.

"Ia agak memalukan kerana kami jauh lebih muda daripada baginda...kami tercungap-cungap," katanya.

-fotoAFP

Daripada pelantar khas pengunjung, Putera Charles yang diiringi Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan dua pegawai dari pusat itu, menyaksikan orang utan diberi makan.

Terdapat kira-kira 26 orang utan separuh liar di Semenggoh, yang bergerak bebas di sekitar 740 hektar kawasan hutan simpan itu.

Selepas meluangkan masa kira-kira 30 minit di pusat itu, Putera Charles kemudian melawat Pusat  Kepelbagaian Biologi Sarawak, di mana baginda kelihatan sangat tertarik dengan penyelidikan bioteknologi pelbagai spesis tumbuhan di Sarawak di pusat tersebut. -Bernama

Putera Charles

Artikel Sebelum

Klang, Shah Alam Dilanda Banjir Kilat

Artikel Berikut

Bapa Kejar Suspek Larikan Anak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain