‘Pengebom Berani Mati’ Cetus Panik - Semasa | mStar

‘Pengebom Berani Mati’ Cetus Panik

PETALING JAYA: Penduduk di sebuah apartmen di sini digemparkan dengan kelibat seorang lelaki yang berpakaian ala pengebom berani mati.

Namun, lelaki itu berpakaian sedemikian semata-mata untuk menghadiri pesta kostum Halloween, lebih sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata laporan polis diterima pada Selasa berhubung insiden yang berlaku pada 28 September lalu.

"Kira-kira pukul 7.40 malam, penduduk di sebuah apartmen di Damansara Perdana ternampak seorang lelaki berpakaian seperti pengebom berani mati.

"Ia sebenarnya untuk pesta Halloween dan dia dilihat masuk ke dalam lif dengan pakaian tersebut," kata Mohd Zani.

Beliau berkata mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu bolehlah memaklumkan kepada polis.

Kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana intimidasi jenayah.

Artikel Sebelum

Pulihkan Pulau Pinang Selepas Bah Besar

Artikel Berikut

Artikel Lain