suria

ATM Digerak Bantu Mangsa Banjir P.Pinang

Pasukan ATM membantu menyelamatkan mangsa banjir. Foto Facebook Hishammudin Hussein

GEORGE TOWN: Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkongsi maklumat itu di halaman Facebooknya pada pagi Ahad.

Beliau berkata, anggota dan aset ATM telah digerakkan ke beberapa kawasan di Pulau Pinang termasuk di bahagian utara, selatan, tengah termasuk zon barat daya dan timur laut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Angkat Panggilan Saya” – Guan Eng

"Setakat ini, ATM telah berjaya memindahkan penduduk yang terjejas ke kawasan selamat, membersihkan laluan terhalang serta membantu operasi pembersihan di kawasan-kawasan yang terjejas.

"Insya-Allah, dalam keadaan ini, ATM akan terus bantu apa sahaja yang terdaya. Marilah kita sama-sama doakan, semoga keadaan di sana segera pulih seperti sedia kala," kata Hishammuddin. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain