suria

Gadis Hijab 'Promo' Saiz Dada, Punggung

Dua gadis berhijab menjadi bualan netizen selepas video mereka memberitahu ukuran badan tular di media sosial.

PETALING JAYA: Dua gadis berhijab secara tiba-tiba telah menarik perhatian netizen selepas membuat video ‘pengenalan diri’ sehingga menjadi tular.

Tidak dipastikan sama ada video itu dibuat untuk tujuan uji bakat atau sekadar suka-suka, malahan salah seorang daripadanya membuat rakaman itu di bilik tidur.

Menerusi video berdurasi 40 saat, gadis berusia 20 tahun yang berbaju ketat merah jambu itu tanpa rasa segan silu memperkenalkan diri. 


Selain ketinggian dan berat, gadis berhijab tersebut memperincikan ukuran badannya termasuk saiz dada, pinggang dan punggung. 

“Paras ketinggian saya 154sm (sentimeter), mempunyai berat 30kg (kilogram). Saiz ukuran badan pula... saiz ukuran dada ** inci... saiz **, ukuran pinggang pula 32 inci dan saiz ukuran punggung 42 inci,” katanya.

Satu lagi video berdurasi yang sama menunjukkan seorang gadis berhijab yang turut memakai baju warna hitam ketat dan berseluar merah jambu.

“Umur saya 24 tahun. Tinggi saya 156sm, berat saya 56kg. Buah dada saya ***, pinggang saya 28 inci. Terima kasih...,” katanya dengan nada manja.


Video yang dimuat naik di laman sosial dan dikongsi banyak kali itu mendapat respons netizen yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan gadis berkenaan termasuk pihak yang menyebarkannya.

“Ni lagi satu kes. Apa ke hal minah-minah tudung sekarang ni? Tak fahamlah. Nanti dikutuk, marah pula. Terang-terang kau dah tunjukkan shape body (bentuk badan) kau. Tentulah macam-macam komen kau dapat,” kata seorang lagi netizen.

“Tak guna kau pakai tudung kalau masih tersembul buah dada kau tu. Sama je dosa kau kalau buka tudung tu,” kata netizen yang berang dengan tindakan gadis itu.


Pada masa sama, gadis itu meraih simpati netizen yang beranggapan dia sekadar menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Syak ada orang suruh dia buat video untuk model atau apa-apa, dan dia ****** pergi buat dan hantar,” kata netizen.

“Ni dia hantar untuk jadi model lah... orang yang tak bertanggungjawab yang sebarkan,” kata seorang netizen.

buah dada, punggung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain