Gadis Api Misteri Buka Buku Baru - Semasa | mStar

Gadis Api Misteri Buka Buku Baru

Baharuddin (kanan) bersama pihak Al Qalam dan keluarga Fatihah di hadapan kediaman keluarganya di kampung Bunga Emas Penambang di Kota Bharu. Foto Sinar Online

KOTA BHARU: Gadis ‘api misteri’, Wan Nur Fatihah Wan Hanafi, 19, melahirkan rasa syukur di atas bantuan pelbagai pihak dalam usaha memulihkan semangat dirinya dan keluarga daripada terus-terusan menjadi mangsa cemuhan masyarakat.

“Setakat ini saya rasa lebih baik dan Alhamdulillah, bantuan dari pelbagai pihak telah meredakan gangguan yang berlaku dalam keluarga saya.

“Terima kasih kepada pihak yang membantu dan saya mengharapkan dapat membina kehidupan baru yang lebih baik dan setakat ini, kami tinggal di kediaman sementara yang dibuat untuk keluarga kami hasil bantuan orang ramai dan penduduk kampung,” katanya.

Wan Nur Fatihah ditemui selepas Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Qalam, Datuk Seri Baharuddin Abu mengadakan kunjungan di tapak kediaman keluarganya yang terbakar dalam kejadian pada 19 September lalu, yang memusnahkan dua kediaman di Kampung Bunga Emas, Penambang.

Sementara itu, Baharuddin berkata, kunjungan beliau ke kediaman terbabit adalah bagi membantu keluarga berkenaan yang dipercayai mengalami gangguan itu sejak sekian lama.

Menurut Baharuddin, pihaknya terpanggil untuk melihat sendiri keadaan kediaman keluarga berkenaan yang terbakar dan menemui keluarga itu.

“Melalui pengamatan yang dibuat, mereka diganggu saka yang mungkin diwarisi keluarga berkenaan. Kita cuba membantu dan insya-Allah kita harap gangguan terbabit tidak berulang.

“Bagi mengelakkan gangguan makhluk halus, apa yang penting adalah melaksanakan solat lima waktu dengan sebaik-baiknya di samping solat sunat termasuk solat taubat, tahajud, istikharah dan witir.

“Kita perlu kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya dengan amalan ayat-ayat ruqyah dan usah percaya kepada pawang dan bomoh, kerana ia hanya melemahkan rohani kita dan boleh memesongkan akidah seseorang,” katanya.

Kisah keluarga ini mendapat perhatian sejak 2010 selepas kemunculan ‘api misteri’ yang membakar barangan dalam kediaman keluarga itu dan menyebabkan keluarga itu hidup dalam keadaan resah dan ketakutan.

Pelbagai ikhtiar dan cara telah dilakukan untuk mengatasi gangguan itu termasuk perawatan Islam di samping solat hajat bagi memulihkan semangat keluarga berkenaan.

Nasib keluarga ini turut mendapat perhatian banyak pihak, antaranya pernah menerima kunjungan bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - Sinar Online

Artikel Sebelum

Media Penuhi KLIA2 Tinjauan Kes Jong-nam

Artikel Berikut

Lapan Maut Nahas Tiga Kenderaan Di PLUS

Artikel Berkaitan

Alahai Dik, Kenapa Comel Sangat Ni?

Ketua Pemuda Umno Cawangan Maut Ditikam

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain