Remaja Reka Aplikasi Ganti Buku Teks - Semasa | mStar

Remaja Reka Aplikasi Ganti Buku Teks

Ahmad Zulfadzli menunjukkan aplikasi yang direka olehnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada buku-buku teks fizikal. - Bernama

KUCHING: Seorang remaja berjaya membangunkan satu aplikasi buku teks digital untuk mengurangkan kebergantungan kepada buku dalam bentuk fizikal.

Ahmad Zulfadzli Khamidi, 13, membangunkan aplikasi itu dalam tempoh dua minggu hasil bimbingan dan tunjuk ajar daripada Malaysian Global Innovation and Creative Centre (MaGIC) di Borneo744, Bintawa.

Ujar Zulfadzli, idea itu tercetus daripada pengalamannya sendiri yang cepat berasa bosan dan mengantuk apabila membaca buku teks.

"Bagaimanapun, saya menghadapi kesukaran untuk merealisasikan impian itu. Saya ada idea tetapi tidak tahu bagaimana untuk membangunkan aplikasi serta menulis kod untuk perisian itu," ujarnya.

Dia dan ibunya yang berkunjung ke Borneo744 untuk meminta pandangan mengenai hal itu berasa terkejut apabila mengetahui program untuk mempelajari prinsip asas pengekodan ada ditawarkan secara percuma di sana.

Katanya, guru tidak lagi perlu menanda setiap latihan dan kertas peperiksaan.

Murid juga tidak perlu membawa buku ke sekolah dan isu kehilangan buku atau kekurangan alat-tulis boleh ditangani.

"Aplikasi ini sangat mudah dan sesuai untuk semua golonagan pelajar seperti sekolah rendah, menengah dan pelajar universiti.

"Untuk permulaan, buku teks subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains sudah diprogramkan dalam aplikasi itu. Subjek lain akan menyusul kemudian," ujarnya lagi.

Rekaan Zulfadzli itu melayakkan beliau memenangi kategori junior di Hack Weekend KCH iaitu pertandingan hackathon yang dianjurkan sempena Forum Remaja Tegas 2017 di Pusat Konvensyen Borneo pada 14 Oktober lalu.

Zulfadzli kini dalam proses untuk menyiapkan aplikasi keduanya bagi membantu usahawan kecil di Sarawak untuk memasarkan produk mereka.

Artikel Sebelum

'Makan Angin' Sebelum Buat Kerja Jahat

Artikel Berikut

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain