Dua Peragut Akhirnya Tumpas - Semasa | mStar

Dua Peragut Akhirnya Tumpas

Gambar dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang sempat merakam kejadian dua suspek meragut mangsa pada Sabtu lalu.

KOTA BHARU: Tindakan dua peragut yang melarikan telefon bimbit seorang wanita dan tular dalam media sosial sejak Sabtu, akhirnya membawa padah selepas berjaya ditahan dalam satu serbuan di kawasan berasingan termasuk di Jalan Atas Paloh dan Kampung Badang di sini pagi Isnin.

Dua suspek yang merupakan lelaki Melayu dan seorang warga Kemboja masing-masing ditahan di kediaman mereka di Kampung Atas Paloh dan di Jalan Badang Pengkalan Chepa di sini.

Suspek pertama ditahan di kediamannya  pada pukul 4 pagi. Manakala seorang lagi ditahan pada pukul 4.45 pagi.

Hasil serbuan yang dilakukan di kediaman warga Kemboja yang dikenali sebagai Fais Kemboja, polis turut merampas sehelai baju T berwarna hitam, seluar pendek celoreng, topi bertulis exo yang turut dipakai suspek ketika kejadian.

Melalui siasatan juga mendapati suspek positif Methaphitamine dan mempunyai dua rekod lampau di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(3)/15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dari siasatan awal juga, suspek mengaku telah melakukan samun ke atas seorang perempuan Cina di tepi Jalan Mek Zainab pada 20 Oktober lalu, bersama seorang lagi rakan dikenali dengan nama Ali tinggal di Kampung Kijang Badang.

Hasil maklumat melalui suspek pertama juga polis turut berjaya mengesan suspek kedua yang dikenali sebagai Ali kira-kira pukul 4. 45 di kediamannya di Kampung Badang di sini.

Cubaan suspek kedua untuk melarikan diri tidak kesampaian selepas sepasukan anggota memecahkan pintu dan berjaya menahan suspek.

Turut dirampas pakaian termasuk baju T dan seluar selain topi dan motosikal jenis Modenas yang digunakan suspek ketika meragut dan hasil siasatan suspek turut mempunyai empat rekod jenayah lampau selain juga positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata,  kedua-dua suspek berusia 20-an ditahan untuk tindakan lanjut dan siasatan masih diteruskan. - Sinar Online

peragut

Artikel Sebelum

Mayat Bayi Dalam Timbunan Sampah

Artikel Berikut

Celik Huruf, Malaysia Di Tangga Ke-53

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain