suria

Ambulans Bawa Shafie Ke Mahkamah

KOTA KINABALU: Datuk Seri Shafie Apdal tiba dengan ambulan di mahkamah di sini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Beliau yang memakai baju putih dan seluar hitam disambut penyokongnya yang mengenakan kemeja-t oren serta melaungkan "Selamat Hari Jadi" sebaik beliau tiba kira-kira pukul 2.15 petang, Jumaat.

Presiden Parti Warisan Sabah yang usianya mencecah 60 tahun hari ini ditahan pada Khamis selepas tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini untuk keterangannya dirakam.

Bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu kemudiannya di bawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk pemantauan semalaman susulan tekanan darahnya yang meningkat, kata peguam yang yang juga Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking.

Shafie adalah individu ke-10 yang ditahan susulan siasatan berkaitan penyelewengan dana RM1.5 bilion untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah.

Antara yang ditahan sebelum ini adalah adik Shafie iaitu Hamid dan Yusof.

SPRM dijangka melakukan beberapa tangkapan lagi melibatkan 350 projek yang diagihkan kepada 60 syarikat antara 2009 dan 2015.

Keseluruhannya dana projek yang disalurkan itu mencecah RM7.5 bilion.

Suruhanjaya itu telah membekukan RM170 juta dalam akaun bank dan aset syarikat terlibat. 

Shafie, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain