suria

Hamid Apdal Bebas Reman Kes Rasuah RM1.5 Juta

KOTA KINABALU: Hamid Apdal yang juga adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah yang ditahan reman telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Majistret Stephanie Sherron Abbie mengeluarkan perintah itu di Hospital Pakar Damai di sini, di mana Hamid dimasukkan ke wad sejak Ahad.

Tahanan reman berusia 52 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan RM25,000 dideposit berserta dua penjamin.

Pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Faliq Basirudin berkata, tempoh tahanan reman Hamid sepatutnya berakhir Jumaat, bagaimanapun beliau dibebaskan awal kerana siasatan melibatkannya telah lengkap.

Stephanie kemudian ke Hospital Gleneagles untuk proses membebaskan menantu lelaki Hamid, Manzur Hussein Awal Khan.

Ahli perniagaan berusia 37 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dan dua penjamin, selain perlu melapor diri ke pejabat SPRM di sini setiap bulan.

Hamid dan Manzur disiasat berhubung dakwaan penyalahgunaan dana berjumlah RM1.5 juta untuk projek persekutuan melibatkan golongan miskin di Sabah menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. 



Hamid Apdal, Manzur

Artikel Sebelum

Tiga Beranak Mengaku Salah Dera

Artikel Berikut

Artikel Lain