suria

Tiga Cedera Letupan Di Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga individu dilaporkan cedera dalam letupan di sebuah tapak pembinaan MRT di Bandar Malaysia.

Mangsa yang cedera dipercayai pekerja binaan warga asing.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, dua mangsa kehilangan kaki mereka manakala seorang lagi mengalami kecederaan di tangan dan kaki.

Laporan awal berkata mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Polis sedang menyiasat punca letupan itu.

letupan, Bandar Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jamal Jamu Aiskrim Sindir Azmin

Artikel Lain