Tragedi Tahfiz: Cari Bukti Di Taman Tasik Datuk Keramat - Semasa | mStar

Tragedi Tahfiz: Cari Bukti Di Taman Tasik Datuk Keramat

Pasukan penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan operasi mencari barang bukti ke dalam tasik Taman Tasik Datuk Keramat berhubung kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujung, Selasa.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari bahan bukti dipercayai pemutar skru yang digunakan tujuh suspek sewaktu kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Hujung, di sini.

Susulan itu, sepasukan anggota penyelam PDRM dikerahkan ke Taman Tasik Datuk Keramat yang terletak di belakang pusat tahfiz itu hari ini sejak 10.30 pagi tadi yang turut disertai pasukan penyiasat dan Unit Forensik.  Menurut sumber, bahan bukti itu dicampak ke tasik berkenaan selepas insiden itu dilakukan.

"Pemutar skru itu dipercayai digunakan bagi memasuki premis berkenaan. Bahan bukti ini penting bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya ketika ditemui Bernama.

Turut kelihatan, seorang daripada tujuh suspek yang dibawa ke kawasan taman tasik berkenaan dipercayai bagi menunjukkan lokasi pemutar skru itu dibuang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Semalam, polis membawa ketujuh-tujuh suspek ke lokasi kejadian dipercayai untuk menerangkan kepada pasukan penyiasat apa yang berlaku pada malam kejadian, 14 September lepas.

Kebakaran pusat tahfiz itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru akibat terperangkap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.

Pada Jumaat lepas, tempoh reman tujuh remaja disyaki terlibat dalam kes kebakaran di pusat tahfiz itu disambung tujuh hari lagi sehingga 29 September  bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 kanun yang sama kerana khianat menggunakan api.-- Bernama


Artikel Sebelum

Lari Selepas Kemalangan, Lori Dibakar

Artikel Berikut

Amukan Si Samseng Kayu Di Cheras

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Hasrat tunai umrah lebur ditipu 'ustaz'